Carian
5 Pemenang Untuk MYHackathon 2024 Kohort 2 Diumumkan
December 18, 2024 Aman

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama-sama dengan agensi dibawahnya, Cradle Fund kini telah pun mengumumkan sebanyak lima syarikat tempatan yang telah memenangi MYHackathon 2024 Kohort Kedua.

Untuk makluman, MYHackathon merupakan salah satu acara yang memacu inovasi dalam arena sains dan teknologi, mengalakkan pembangunan pelbagai penyelesaian baharu. Setiap pemenang akan menerima geran berjumlah RM250,000 untuk membangunkan projek mereka, dan sokongan mentor untuk 12 bulan akan datang.

MYHackathon 2024 Kohort Kedua ini menerima sebanyak 391 permohonan. Lima pemenang akhir adalah berikut:

  • Aerial Works – sistem teknologi penuaian buah tandan segar bagi ketinggian pokok melebihi lima meter atau kawasan berbukit.
  • BeyondVisible – Sistem teknologi pengesanan kematangan buah tandan segar pada aras pokok melebihi tiga meter
  • Leogics Solution – Solusi teknologi pencegahan AI bagi pencegahan jenayah kewangan dalam-talian
  • Electserve – Sistem “Dashboard Smart City” dengan modul sistem pengurusan lampu kalanan dan pemantauan lori pengutipan sisa pepejal
  • VL Jejak – sistem pemantauan AI
Komen