Carian
Skrin Kustomasi Google Pixel Akan Mengikut Gaya iOS
December 18, 2024 Fahim Zahar

Sudah menjadi perkara biasa untuk ciri unik pada iOS disalin semula pada Android. Lagi-lagi pengeluar peranti China yang gemar menjadikan Apple sebagai contoh. Cuma, tidak semua pengguna menyedari yang kini Google Pixel dan Apple iPhone yang paling kerap menyalin ciri lebih kurang sama di antara satu sama lain. Terbaru, Pixel akan menawarkan ciri kustomasi mirip iPhone.

Pixel akan datang
Pixel akan datang vs iPhone sekarang

Ciri kustomasi baharu ini adalah untuk jam pada kunci skrin, di mana Android pada Pixel kelak akan menawarkan kawalan peluncur mirip iOS untuk mengubah saiz jam kunci skrin. Sekarang ia hanya terhad kepada dua pilihan sama ada Dinamik atau Kecil. Ciri baharu ini akan ditawarkan melalui kemas kini aplikasi sistem Pixel Wallpaper.

Dalam aplikasi ini, pada tetapan Hiasan latar & gaya pilihan rekaan jam akan diletakkan di ruangan khas. Kemudian pengguna boleh tekan suis saiz Large untuk pilih dan turut akan ada ikon pensel untuk mengubah saiz seperti berapa tebal saiz jam, berapa lebar, boleh pilih untuk rekaan font yang lebih bulat atau juga font yang condong.

Pixel sekarang

Memandangkan ciri ini masih dalam pembangunan dan sudah tersedia di dalam kod aplikasi. Ia mungkin akan diaktifkan kepada pengguna dalam kemas kini akan datang. Cuma tidak pasti ia akan tiba dalam kemas kini Pixel Feature Drop atau kemas kini aplikasi dari Play Store.

Komen