Rekaan kereta api dan koc yang akan digunakan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah diperlihatkan petang tadi dengan ia menawarkan beberapa ciri yang kami rasakan menarik. Pertama sekali ialah corak luaran kereta api mempunyai elemen tempatan dengan terdapat motif wau bulan yang cukup sinonim dengan negeri-negeri Pantai Timur.
Warna biru dan putih digunakan pada tren CR200J yang dibina oleh CRRC. Kerusi kabin kelas perniagaan dan kedua boleh berputar 180 darjah dengan sendiri. Ini memudahkan proses apabila kereta api perlu melakukan perjalanan arah berbalik kerana koc tidak perlu dipusingkan terlebih dahulu. Konfigurasi kabin kelas perniagaan ialah susunan 2-2 sementara kelas kedua pula menggunakan susuan 3-2.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/ECRL-tren-C-950x535.jpg)
Paling menarik dari pemerhatian kami ialah terdapat ruang solat terbina dalam koc. Video di atas menunjukkan tempat mengambil wujud yang tersorok dalam bahagian laci di bawah sinki. Air keluar daripada ruang atas dan akan ditampung dalam besen tanpa membasahkan lantai koc.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/ECRL-tren-950x535.jpg)
Setiap 11 tren yang akan digunakan ECRL akan terdiri daripada 6 koc yang boleh membawa 440 penumpang dengan kelajuan mencecah 160 km/j. Terdapat juga koc yang hanya membawa kargo yang dapat memendekkan masa penghantaran kargo antara Kota Bharu ke Pelabuhan Klang sebanyak 30 jam walaupun kelajuan dihadkan ke 80 km/j. Sebanyak 20 stesen akan dibina sepanjang lalu perkhidmatan dijadualkan bermula Januari 2027.