Amerika Syarikat sedia menyasarkan beberapa jenama yang berasal daripada China, dan mengharamkan produk mereka dijual di negara barat tersebut. Terbaru, hadir laporan mengatakan Amerika Syarikat telah membuka kertas siasatan melibatkan penghala TP-Link, dan mungkin mengharamkan jualannya.
Ia dikatakan penghala berkenaan mungkin membawa kepada ancaman keselamatan siber Amerika Syarikat. Pada hari ini, sekitar 65% pasaran di Amerika Syarikat menggunakan penghala TP-Link – disebabkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang menawarkan penghala tersebut bersama langganan.
Beberapa sebab sedang dilihat yang membawa kepada pengharaman ini, termasuk disebabkan masalah sekuriti siber. Mengikut beberapa analisa , ia didapati terdapat pengodam yang menggunakan penghala TP-Link sebagai botnet, dan gunakan dalam serangan siber. Selain masalah kerentanan, pihak berkuasa juga sedang melihat sama ada pihak TP-Link cuba memonopoli pasaran dengan menjualnya pada harga lebih rendah daripada kos atau sebaliknya.
Dengan perkembangan ini, ia dispekulasi yang mana jualan penghala TP-Link mungkin diharamkan seawal tahun 2025 kelak di Amerika Syarikat.