Carian
ChatGPT Kini Boleh Digunakan Dengan Melakukan Panggilan Telefon
December 19, 2024 Effi Saharudin

ChatGPT memerlukan aplikasi dipasang dan internet untuk digunakan pada ketika ini. Ini mengehadkannya kepada mereka yang mempunyai pelan data dan telefon pintar moden sahaja. Hari ini OpenAI mengumumkan ChatGPT boleh digunakan walaupun pengguna tidak mempunyai akses kepada kedua-dua benda ini.

Perkhidmatan ChatGPT boleh diakses dengan menelefon talian 1-800-CHAT-GPT (1-800-242-8478). Pengguna kemudian boleh berbual dengan chatbot ini sama sahaja seperti melakukan panggilan telefon dengan manusia sebenar. Panggilan telefon 1-800-CHAT-GPT hanya boleh dilakukan pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Pengguna negara lain pula mengakses 1-800-CHAT-GPT menerusi ciri panggilan suara WhatsApp.

Ciri ini boleh diakses percuma selama 15 minit sebulan untuk setiap talian telefon. OpenAI melihat perkhidmatan ini sebagai percubaan untuk memperkenalkan ChatGPT kepada golongan yang lebih selesa menggunakan panggilan telefon atau tidak mahir menggunakan telefon pintar.

Komen