Carian
EU Meminta Apple Membuka Lagi Ekosistem iOS Kepada Pihak Ketiga
December 19, 2024 Effi Saharudin

Untuk operasi terbaik pada iPhone, anda disarankan membeli aksesori yang benar-benar direka untuk iPhone dengan persijilan MFI. Ini membuatkan kadang kala jam tangan pintar, dan fon telinga pihak ketika berhadapan pelbagai isu sehingga pengguna lebih gemar memilih Apple Watch dan AirPods. Semalam Kesatuan Eropah (EU) menerbitkan dokumen meminta Apple supaya membuka ekosistem iOS bagi membolehkan aksesori pihak ketiga disokong dengan lebih baik pada peranti buatan Apple.

Ini dilakukan di bawah payung Akta Pasaran Digital (DMA) yang ingin menentang amalan yang dipandang sebagai anti pesaing sehingga menyebabkan kerugian kepada pengguna. Antara permohonan lain EU ialah meminta Apple membenarkan aplikasi pihak ketiga beroperasi di latar belakang. Ketika ini hanya aplikasi Apple sahaja dibenarkan melakukannya.

Selain itu dokumen EU juga meminta Apple memberikan sokongan AirDrop dan AirPlay pada peranti yang menggunakan sistem operasi berbeza. Apple diberikan tempoh sehingga 9 Januari 2025 untuk melakukan perundingan melakukan perubahan yang disarankan bagi mematuhi DMA.

Apple telah menerbitkan kenyataan rasmi yang mengatakan permohonan oleh EU ini akan mendatangkan risiko keselamatan dan privasi pengguna mereka. Data pengguna juga boleh diakses pihak ketiga tanpa jaminan privasi akan dihormati disebabkan permintaan DMA.

Dalam hal ini sukar untuk mengimbangi keperluan menjaga keselamatan serta privasi pengguna tetapi pada waktu yang sama membenarkan mereka bebas menggunakan aksesori pihak ketiga.

Komen