Nothing OS 3.0 berasaskan Android 15 versi stabil kini telah tiba untuk dua peranti iaitu Nothing Phone (2) dan Phone (2a) Plus. Selepas lebih sebulan ia diuji, pengguna kini boleh menikmati pelbagai ciri dan fungsi baharu tanpa risau akan pepijat.
Berikut adalah antara ciri baharu yang diterima;
- Widget boleh dikongsi dan memberi reaksi emoji dengan pengguna lain.
- Font keseluruhan sistem kini adalah San Serif berbanding Ndot sebelum ini.
- Kini ada widget pengiraan detik.
- Talam aplikasi pintar baharu menyusun aplikasi mengikut kategori dengan AI.
- Aplikasi galeri baharu dengan AI akan tiba nanti.
Bukan itu sahaja, keseluruhan antaramuka Nothing OS turut telah dikemaskini dengan rekaan lebih kemas dan lebih banyak pilihan kustomasi. Misalnya pada talam notifikasi, ikon-ikon akses pantas tetapan boleh disusun dan diubah saiz.
Untuk Nothing Phone (1), Nothing Phone (2a) Plus dan CMF Phone 1, kemas kini yang sama akan tiba pada awal tahun 2025.