Carian
Intel Memperkenalkan Cip Pemprosesan Core 200H Berdasarkan Raptor Lake
December 19, 2024 Nazrin

Anda mungkin menyangkakan bahawa semua siri cip pemprosesan baru yang diperkenalkan oleh Intel semuanya akan menggunakan samada teras pemprosesan Intel Lunar Lake ataupun Arrow Lake yang terbaru. Jika anda bercakap mengenai siri cip pemprosesan Intel Core Ultra 200V, Core Ultra 200H ataupun Core Ultra 200H, ya, anda tidak salah.

Akan tetapi, dalam satu senarai cip pemprosesan baru yang diperlihatkan oleh Intel, iaitu Intel Core 200H, ia didapati bahawa semua model cip pemprosesan dalam siri ini akan tampil menggunakan teras pemprosesan Raptor Lake Refresh yang kini hadir dengan had penggunaan kuasa yang dikemaskini.

Ini disahkan sendiri melalui laman produk Intel, yang memperlihatkan bahawa semua model cip pemprosesan Intel Core 200H hadir dengan panggilan “Products formerly Raptor Lake”, dan ia nampaknya tampil dengan sokongan untuk memori DDR5 yang sedikit lebih pantas berbanding sebelum ini.dan

Model CPU paling berkuasa dalam siri ini ialah Intel Core 9 270H dan hadir dengan 14 teras fizikal dan 20 bebenang kuasa, dan hadir dengan nilai lewahjam sehingga 5.8GHz dan hadir dengan sokongan teknologi seperti Thunderbolt 4 dan PCIe 5.

Dalam pada itu, terdapat juga ura-ura bahawa siri cip pemprosesan Intel Core 200U akan dibangunkan menggunakan teras Meteor Lake yang dikilangkan menggunakan proses Intel 3 dan juga akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Komen