Sony dan AMD mengumumkan kerjasama untuk membangunkan GPU generasi baharu yang bakal digunakan pada konsol PlayStation 6 kelak. Kerjasama ini diberi nama Project Amethyst hasil merupakan warna yang terhasil apabila warna merah AMD digabungkan dengan warna biru Sony.
Menerusi Project Amethyst, kerjasama antara Sony dan AMD dalam pembangunan cip konsol sejak PS3 diteruskan pada konsol generasi ke-10 nanti. Cip Project Amethyst akan memberikan tumpuan kepada pembelajaran mesin (ML) dan kecerdasan buatan (AI).
Pembangun permainan PS6 kelak akan diberikan pilihan menggunakan AI bagi tujuan meningkatkan kualiti grafik menerusi implementasi PSSR atau meningkatkan kemampuan permainan dengan NPC yang lebih bijak. Pengalaman membangunkan cip untuk PS5 Pro yang berasaskan RDNA2.X memberikan Sony dan AMD idea apakah yang diperlukan pada cip konsol generasi seterusnya.