Carian
SanDisk Memperlihatkan Logo Baru Yang Lebih Futuristik
December 19, 2024 Nazrin

2024 merupakan tahun dimana banyak jenama-jenama terkemuka nampaknya telah memperbaharui logo dan penjenamaan mereka. Ada yang lihat cantik, dan lain-lain mungkin tidak perlu dikatakan apa-apa.

SanDisk, syarikat pembuat storan flash dibawah Western Digital akan dipisahkan daripada syarikat tersebut dan memfokuskan kepada pengeluaran storan flash sahaja.

Bersempena dengan ini, nampaknya syarikat tersebut telah mengemaskini logo syarikat mereka untuk memperlihatkan rekaan yang lebih futuristik. Logo terbaru ini dilihat sedikit aneh khususnya apabila dua huruf S dipotong di bahagian bawah.

SanDisk dijangka akan menggunakan penjenamaan baru ini bermula awal 2025 kelak apabila pemisahan mereka daripada Western Digital berlaku secara rasmi.

Komen