Bybit kini mula memaklumkan para pengguna Malaysia, mengatakan mereka akan menghalang log masuk oleh semua pengguna Malaysia, berkuat-kuasa 24 Disember 2024. Bybit mengatakan langkah ini adalah dalam memastikan syarikat mereka mematuhi pelbagai peraturan dan perundangan yang ditetapkan mengikut negara.
Untuk makluman, Bybit merupakan salah satu penyedia perkhidmatan bursa dagangan kriptowang. Bybit tidak mempunyai lesen untuk operasi di Malaysia sehingga kini.
Mengikut penyenaraian pihak berkuasa SC, hanya 6 syarikat mempunyai kebenaran untuk mengoperasikan bursa dagangan kriptowang di Malaysia, termasuk Luno, Hata, MX Global, Tokenize, Torum, dan Sinegy DAX. Orang ramai turut dinasihatkan untuk menggunakan platform yang disahkan pihak berkuasa untuk sebarang urusan melibatkan kewangan.