Catcha Digital hari ini mengumumkan mereka telah mendapatkan pegangan sebanyak 70% pada syarikat Tastefully Malaysia, sekaligus membolehkan Catcha Digital turut memperluaskan penawaran mereka meliputi arena pameran atau eksposisi, khususnya makanan.
Catcha Digital mendapatkan pegangan tersebut pada nilai RM7.6 juta, yang akan dibayar dalam pecahan 4 kali selama 36 bulan. Tastefully sebelum ini telah mengadakan lebih 100 ekspo di seluruh negara, membawa kepada lebih 1.2 juta pengunjung tahunan.
Catcha Digital menyasarkan untuk membolehkan mereka menawarkan bukan sahaja pengiklanan atas-talian secara digital, tetapi juga membolehkan pengiklan mengiklan pada acara dan luar arena digital.