Sony hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Kadokawa, termasuk mendapatkan pegangan saham baharu Kadokawa. Dengan perubahan ini, kini Sony menjadi pemegang saham terbesar dalam Kadokawa, dengan pegangan sebanyak 10% saham syarikat tersebut.
Kadokawa sedia terkenal dengan sejumlah IP menarik dibawah mereka, meliputi penerbitan buku, novel dan komik – disamping permainan dan anime. Sony mengatakan gabungan IP Kadokawa dan juga ekosistem IP dibawah Sony sendiri, ia membolehkan capaian lebih menyeluruh di peringkat global, termasuk anime dan permainan video – selari visi jangka masa panjang Sony.
Sebelum ini sendiri, Kadokawa dan Sony sedia bekerjasama dalam beberapa projek, dan dengan pelaburan baharu ini kerjasama lebih mendalam dijangka terjalin – termasuk pelaburan bersama dalam arena kandungan dan IP.
Kedua-dua syarikat juga merancang untuk berbincang dalam mengadaptasi IP Kadokawa menjadi siri-TV dan drama TV pada peringkat global, membangunkan anime, serta mengedarkan anime Kadokawa pada peringkat global, dan juga menerbitkan permainan video Kadokawa.