Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited memastikan ekosistem internet yang lebih selamat untuk semua, khususnya kanak dan keluarga. Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan memantau dan mengambil langkah tambahan sekiranya terdapat platform media sosial yang gagal melaksanakan larangan had umur penggunaan yang ditetapkan platform berkenaan.
Kebanyakan platform media pada waktu ini menetapkan had umur penggunaan pada usia 13 tahun. Dalam hal ini, sekiranya didapati pihak berkaitan gagal untuk menguatkuasakan had larangan umur itu atau kejanggalan yang telah dikesan, maka pihak kerajaan akan mempertimbangkan langkah-langkah tambahan terhadap mereka.
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata tiada hasrat untuk mengehadkan umur tertentu bagi penggunaan media sosial di negara ini seperti dilaksanakan di Australia. Tambahan kepada itu, Fahmi menjelaskan pihaknya menyerahkan tugas penguatkuasaan terhadap umur itu kepada platform media sosial sebagai jaminan kestabilan polisi kerana pihaknya tidak mahu menyekat kebebasan bersuara.
Sementara itu, platform media sosial dan pesanan internet yang kini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna sedang di fasa akhir proses pendaftaran Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.