Meta memperlihatkan kecerdasan buatan (AI) generatif Movie Gen pada Oktober lalu dengan ia boleh menjana video berdasarkan prom diberikan pengguna. Hari ini Adam Mosseri, ketua Instagram berkongsi video pendek menujukan bagaimana Movie Gen kelak boleh digunakan dalam aplikasi untuk mengubah kesemua elemen dalam video asal.
Video menunjukkan latar belakang, baju, aksesori, dan juga watak utama video diubah dengan bantuan Movie Gen. Antara yang menarik Mosseri diubah menjadi boneka dan beliau juga boleh menambah rantai di leher beliau.
Video yang dihasilkan nampak realistik dan tidak ada elemen aneh seperti kebanyakan contoh AI generatif yang lain. Walaupun kemampuan sistem suntingan ini telah diperlihatkan, Adam Mosseri masih belum memberikan tarikh bila ciri ini akan diberikan kepada semua pengguna Instagram dan sama ada ia akan menjadi perkhidmatan berbayar.