Sony Semiconductor Manufacturing yang mengeluarkan sensor kamera untuk telefon pintar mengumumkan kejayaan mengeluarkan lebih 20 bilion sensor sejak memulakan operasi pada dekad 80an. Menurut Presiden Sony Semicondutor, Yoshihiro Yamaguchi mereka berjaya meningkatkan pengeluaran sekali ganda dalam masa lima tahun sahaja antara 2019-2024.
Angka yang tinggi ini didorong oleh permintaan yang tinggi dengan sensor siri IMX dan Lytia yang dikeluarkan Sony mempunyai reputasi mengambil gambar berkualiti tinggi. Pada waktu yang sama telefon pintar moden kita hadir dengan lebih daripada dua kamera utama di bahagian belakang.