Tahun ini, semakin banyak pengeluar peranti mula menawarkan aplikasi album gambar dengan ciri carian AI. Tecno, Infinix, Nothing, Apple dan ramai lagi mula menyokongnya yang mana masing-masing jelas sekali mengambil Google Photos sebagai inspirasi.
Terbaru dari Google sendiri, aplikasi Photos kelak akan menyokong ciri suntingan pantas. Ciri ini dinamakan sebagai Quick Edit dan ia boleh diakses sebaik sahaja satu gambar dipilih untuk dikongsi ke media sosial atau platform lain. Ciri ini menawarkan suntingan AI Enhanced dan turut membenarkan pengguna memangkas gambar.
Ciri ini dikatakan terhad kepada peranti Pixel melalui Google Photos versi 7.10.0. Namun dalam semakan saya pada Pixel 9 Pro XL, ia masih belum diaktifkan. Ini adalah satu ciri berguna untuk kongsi imej lebih sempurna kepada sesiapa atau di mana-mana.