Carian
Google Keep Akan Menjadi Aplikasi Sistem Android Tidak Lama Lagi
December 20, 2024 Fahim Zahar

Seperti Apple, Google juga ada aplikasi nota tersendiri yang dinamakan Keep. Cuma, Keep mesra pelbagai platform dan tidak seperti Apple Notes yang terhad di web atau peranti Apple sahaja. Akan datang, satu perubahan besar dikenakan pada Keep.

Usah risau, ia mungkin adalah yang paling berguna kerana Google Keep kelak akan menjadi aplikasi sistem dalam Android. Ini bermakna, mana-mana peranti Android yang anda beli dengan Google Play Services – Google Keep kelak akan sedia terpasang dan tidak lagi perlu dimuat dari Play Store. Pada hemat saya, Keep bukan satu aplikasi gendut tetapi adalah aplikasi yang benar-benar berguna.

Perubahan ini dilihat berlaku dalam Android 16, di mana Keep tidak lagi boleh dinyahpasang. Antara sebab ia dijadikan aplikasi sistem adalah mungkin, Keep akan memainkan peranan besar untuk ciri penting dalam keseluruhan sistem operasi Android 16 nanti. Mungkin ciri AI yang lebih mendalam? Sama-sama kita nantikan.

Komen