Carian
OpenAI Mengumumkan Versi Baharu Model Dengan Kebolehan Penaakulan, o3
December 21, 2024 Aman

OpenAI pada bulan September 2024 lepas, telah memperkenalkan model o1, yang membawa sokongan penaakulan, sekaligus membolehkan ia menjawab soalan-soalan lebih kompleks dengan berfikir lebih mendalam. Kini, selang sekitar tiga bulan, OpenAI hari ini mengumumkan pengenalan model baharu mereka, iaitu o3.

Walaubagaimanapun, model o3 ini belum ditawarkan kepada umum buat masa ini. Ia dibuka kepada para pengkaji terlebih dahulu, khususnya mereka yang mengkaji keselamatan model kecerdasan buatan. Mengikut sasaran awal, model o3-mini dijangka akan ditawarkan sekitar penghujung Januari 2025 kelak.

Seperti model o1, penggunaan model o3 turut mengambil sedikit masa dalam memberikan maklumbalas kepada pertanyaan. Hal ini membolehkan ia melakukan semakan, dan memastikan menawarkan jawapan terbaik kepada pengguna. Namun, seperti model biasa yang berhalusinasi, beberapa pengkaji sebelum ini turut mendapati model dengan sokongan penaakulan turut boleh memperdaya manusia melalui jawapan yang diberikan.

Beberapa penguji awal turut mendapati model o3 turut mempunyai beberapa masalah dalam menjawab dan berfikir seperti manusia – sekaligus mengatakan ia masih jauh lagi untuk mencapai fasa AGI.

https://twitter.com/OpenAI/status/1870186518230511844
Komen