Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama-sama dengan Cradle kini mengumumkan inisiatif terbaru mereka, dinamakan Startup ASEAN. Melaluinya, ia ingin menyatukan dan mengangkat negara-negara ASEAN sebagai pemain utama pembangunan syarikat rintis atau startup pada peringkat global.
Langkah ini juga dilihat selari dengan Malaysia yang akan pengerusikan ASEAN pada 2025 kelak. Laman Startup-Asean turut dilancarkan selari pengumuman inisiatif ini.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/Startup-Asean-950x535.jpg)
Dibawah inisiatif ini, ia menyasarkan negara-negara anggota ASEAN akan memerkasakan dasar mesra startup, disamping turut meningkatkan ketersediaan ekosistem dalam memacu kolaborasi dan sinergi dalam rantau ASEAN. Ini juga dijangka secara tidak langsung memupuk inovasi dan kerjasama dalam para pembangun di rantau ini.
Selari dengan ini juga, Cradle dijangka akan memperkenalkan program hackathon serantau menyasarkan sektor seperti Kecerdasan Buatan, dan juga kelestarian serta teknologi iklim.
Pada hari ini, ia dikatakan terdapat lebih 11,000 startup serantau, dengan nilai ekosistem mencapai $131.2 bilion.