Setiap hari, penggunaan Google Gemini menjadi semakin menarik. Terbaru, chatbot AI generatif ini telah diintegrasikan dalam aplikasi pengurus fail Google iaitu Files by Google. Ciri baharu ini sangat berguna dan ia terhad kepada pengguna terpilih sahaja.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/Files-by-Google-Gemini-PDF-01-scaled.webp)
Apabila pengguna membuka Files by Google untuk mencari atau membaca dokumen PDF, Gemini boleh diseru dan akan ada cadangan “Ask about this PDF“. Apabila cadangan ini ditekan, pengguna boleh tanya apa sahaja pada Gemini seperti merumuskan dokumen atau mencari maklumat penting untuk disalin dan ditampal pada aplikasi lain seperti WhatsApp atau Google Docs.
Ia lebih mudah dan pantas berbanding memuat naik fail PDF dari dalam aplikasi Gemini sendiri. Walaupun File by Google adalah aplikasi percuma, ciri ini terhad kepada pengguna yang melanggan Google One AI Premium sahaja.