TikTok sedang berhadapan diharamkan operasinya di Amerika Syarikat bermula tahun depan selepas ia didakwa digunakan untuk mengintip penduduk oleh China. Mereka kini meminta Mahkamah Agung untuk mendengar semula rayuan mereka. Tetapi di Albania, TikTok juga akan diharamkan selama setahun bulan depan atas sebab berlainan.
Pengharaman diumumkan oleh Perdana Menteri Edi Rama, kerana TikTok didakwa menyebarkan kandungan menggalakkan keganasan dan buli siber di kalangan kanak-kanak. Dalam insiden pada November lalu, remaja berusia 14 tahun mati ditikam didakwa disebabkan pertelingkahan yang bermula di Tiktok.
Pihak TikTok sudahpun meminta penjelasan daripada kerajaan Albania mengenai pengharaman yang dikenakan. Menurut mereka tiada bukti mangsa dan pelaku jenayah mempunyai akaun TikTok. Malahan video asal dimuat naik ke laman media sosial lain dan bukannya TikTok.
Gerakan mengharamkan TikTok dimulakan India pada tahun 2019 selepas berlalu pertempuran antara tentera negara tersebut dengan China d sempadan Himalaya. Kemudian baru-baru ini Kanada mengikut langkah Amerika Syarikat mengharamkan operasi atas alasan keselamatan negara.