Carian
Platform Digital Bank Islam Kini Lebih Canggih – BIMB Mobile Dan BIMB Web
December 23, 2024 Ikhwan Nazri

Kalau dahulunya kita sering menggunakan wang tunai untuk aktiviti urus niaga tetapi sekarang ini bayaran tanpa tunai telah menjadi gaya hidup terbaru rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, adakah anda seorang yang masih membawa wang tunai ke mana-mana sahaja? Bukankah lebih mudah jika hanya perlu mengimbas QR tanpa memiliki wang tunai yang banyak di dompet? Memahami perihal itu, kini Bank Islam telah hadir dengan aplikasi perbankan yang serba serbi baharu iaitu BIMB Mobile. 

BIMB Mobile dan BIMB Web Platform Digital Baharu Bank Islam

Pada mereka yang selalu menggunakan aplikasi GO by Bank Islam, anda tidak perlu menggunakan aplikasi tersebut lagi kerana Bank Islam Malaysia Berhad kini telah memperkenalkan platform digital baharu mereka yang lebih komprehensif iaitu aplikasi mudah alih BIMB Mobile dan BIMB Web di pautan web.bimb.com. Platform digital ini adalah usaha daripada Bank Islam dalam memberikan kemudahan untuk segala urusan perbankan secara digital.

Apa Yang Baharu Pada BIMB Mobile Ini?

Sebagai salah seorang pengguna tegar aplikasi GO by Bank Islam sebelum ini, kita pasti bertanya mengapa Bank Islam melancarkan aplikasi baharu dan tidak menggunakan aplikasi yang sedia ada? Untuk pengetahuan anda, pembaharuan yang dilakukan ini disebabkan oleh maklum balas serta komen yang diajukan daripada para pengguna mengenai kemas kini yang lebih moden dari segi rekaan dan juga perkhidmatan baharu. 

Oleh itu, aplikasi BIMB Mobile ini akan menyediakan pelbagai perkhidmatan digital untuk memudahkan urusan perbankan kita termasuklah pendaftaran perbankan mudah alih dan internet, pembukaan akaun seperti CASATIA, TDT dan Wafiyah, serta permohonan pembiayaan dan kad. Selain itu, aplikasi ini juga membenarkan anda mengakses e-penyata untuk akaun CASATIA dan Kad Kredit-i, malah anda juga boleh melabur dalam Dana Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), serta menyimpan melalui Simpanan SSPN Prime. Tak dilupakan juga, kemudahan seperti permohonan dan pendaftaran DuitNow, Autodebit serta pengemaskinian profil pengguna turut tersedia. 

Bukan sahaja pembaharuan yang dilakukan, malah BIMB Mobile juga turut menekankan keselamatan dan fleksibiliti dalam perkhidmatan mereka seperti pengaktifan serta penetapan PIN untuk kad Debit-i dan kad Kredit-i, serta pengurusan transaksi pembayaran bulanan berulang dan pada masa hadapan. Pengguna juga boleh menyemak sejarah transaksi, termasuk akaun, perbankan internet dan mudah alih, serta kad Debit-i. Selain itu, resit transaksi boleh dikongsi terus daripada peti masuk aplikasi. Perkhidmatan ini dilengkapi dengan Wrapper Keselamatan Mudah Alih (Mobile Security Wrapper) bagi memastikan urusan perbankan anda lebih selamat dan terjamin. Dengan pembaharuan yang dilakukan ini serta-merta memberikan impak yang besar dan kemudahan kepada kita dalam memanfaatkan aplikasi Bank Islam ini. 

Bagaimana Ingin Berpindah Kepada Platform Digital Baharu?

Jika anda ingin berpindah kepada platform digital baharu iaitu BIMB Mobile dan BIMB Web, anda hanya perlu memuat turun aplikasi “BIMB Mobile” dari App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.

  1. Pastikan ada telah menggunakan aplikasi GO by Bank Islam versi terkini iaitu 3.3.08 sebelum berpindah ke aplikasi BIMB Mobile
  2. Setelah BIMB Mobile dimuat turun, buka aplikasi BIMB Mobile.
  3. Pilih “Existing Online Banking User”.
  4. Tekan butang “Agree & Continue”.
  5. Masukkan nama pengguna anda dan tekan “Next”.
  6. Sahkan imej serta frasa keselamatan anda, kemudian tekan “Confirm”.
  7. Masukkan kata laluan dan tekan “Next”.
  8. Akhir sekali, tekan butang “Get Started” untuk menerima nota ringkas daripada BIMB Mobile.

Namun, pihak Bank Islam ingin mengingatkan bahawa kemungkinan sesetengah peranti akan menghadapi masalah berkaitan dengan isu keselamatan apabila menggunakan aplikasi ini. Sebagai contoh, isu telefon yang telah digodam, peranti yang dijangkiti dengan perisian hasad dan penggunaan sistem operasi yang sudah lagi tidak menyokong peranti yang anda gunakan. Jadi, anda perlu pastikan telefon anda menggunakan sistem operasi terkini dan bebas daripada perisian hasad bagi memastikan sekuriti peranti anda terjamin, sekali gus menjaga data peribadi anda dan memastikan aplikasi dapat digunakan dengan selamat.

Aplikasi GO by Bank Islam Bakal Ditamatkan – Muat Turun Aplikasi Baharu BIMB Mobile Hari Ini!

Sehubungan dengan pelancaran aplikasi baharu Bank Islam ini iaitu BIMB Mobile, ia bermakna perkhidmatan aplikasi GO by Bank Islam akan ditamatkan menjelang November 2025 akan datang. Oleh itu, anda diminta untuk memuat turun aplikasi BIMB Mobile ini sebelum perkhidmatan aplikasi GO by Bank Islam ditamatkan sepenuhnya. Kita sebagai pengguna yang selalu menggunakan aplikasi perbankan mengharapkan pembaharuan yang dilakukan ini memudahkan aktiviti berkaitan perbankan tanpa perlu ke cawangan bank yang berdekatan 

Malah, anda juga tidak perlu bimbang mengenai keselamatan perbankan kerana aplikasi ini adalah selamat untuk digunakan dan dijamin terjaga kerana ia dilancarkan oleh Bank Islam sendiri. Namun, anda disarankan untuk memuat turun aplikasi BIMB Mobile ini melalui gedung aplikasi yang sah seperti App Store, Google Play atau Huawei AppGallery untuk mengelakkan sebarang keraguan tentang kecurian maklumat perbankan. 

Kesimpulannya

Secara keseluruhannya, platform perbankan digital baharu daripada Bank Islam ini memberikan kemudahan dalam aktiviti urusan yang melibatkan perbankan dengan ciri-ciri yang lebih canggih antaranya seperti pendaftaran perbankan mudah alih dan internet, pembukaan akaun seperti CASATIA, TDT, dan Wafiyah, serta permohonan pembiayaan dan kad. Selain itu juga, platform ini menjamin keselamatan maklumat peribadi yang lebih terjaga seperti pengaktifan serta penetapan PIN untuk kad Debit-i dan kad Kredit-i dan Wrapper Keselamatan Mudah Alih (Mobile Security Wrapper).

Dengan ini, pengguna Bank Islam tidak perlu bimbang dengan pembaharuan yang dilakukan kerana ini merupakan usaha syarikat untuk memastikan pengguna berpuas hati serta berasa selamat ketika menggunakan aplikasi mereka. Jadi, jangan lupa untuk bertukar kepada BIMB Mobile dan BIMB Web bermula hari ini untuk menikmati setiap ciri-ciri dan perkhidmatan baharu yang lebih memudahkan kehidupan anda.  

Penafian: Advertorial ini daripada Bank Islam

Komen