Carian
Pratempahan Siri Reno13 Kini Dibuka Di Malaysia
December 23, 2024 Amy Maizuraa

Oppo telah mengumumkan telefon pintar baharu siri Reno13 akan hadir ke Malaysia. Ia akan terdiri dengan tiga model berbeza iaitu Reno13, Reno13 Pro dan Reno13 F dengan tumpuan spesifikasi kelas pertengahan. Pra-tempahannya juga dibuka lebih awal bersama-sama pelbagai tawaran hebat bernilai sehingga RM2,266. Ini termasuk Oppo Care Plus Liquid Protection Plan (bernilai RM1019), Oppo Care Plus Screen Protection Plan (bernilai RM499) dan Multi-Region Warranty (bernilai RM169).

Anda yang berminat boleh membuat pra tempahan dengan meletakkan deposit hanya RM20 dan dapatkan rebat RM100 untuk Reno13 serta Reno13 F. Manakala pra tempahan Reno13 Pro pula boleh dibuat dengan membayar deposit RM50 serta mendapat rebat RM200. Tiada harga jualan rasmi yang didedahkan setakat ini, sebaliknya Oppo sekadar berkongsi beberapa ciri utama pada peranti.

Di mana penting bagi pengguna tahu bahawa Oppo menyediakan ciri berasaskan AI seperti AI Live Photo dan AI Editor pada peranti baharu ini. Selain itu melepasi kalis air IP69 yang sepatutnya mampu bertahan terhadap air bertekanan tinggi. Butiran penuh hanya akan diketahui selepas kesemua peranti dilancarkan secara rasmi kelak.

Komen