X Meningkatkan Harga Langganan Bulanan Premium+ Kepada RM99 Sebulan
December 23, 2024
Web 2.0
Aman
X atau dulunya dikenali dengan nama Twitter, hari ini mengumumkan peningkatan harga langganan bulanan untuk pelan X Premium+. Sebelum ini, ia ditawarkan melalui web pada harga RM70 sebulan, namun melalui kemaskini terbaru ini, ia ditawarkan pada harga langganan bulanan RM99 sebulan.
Harga langganan pakej lain masih kekal sama buat masa ini.

Dibawah pelan X Premium+, ia menjanjikan penggunaan tanpa iklan, sokongan khidmat pelanggan yang diutamakan, akses ciri baharu seperti Radar, disamping akses kepada Grok – iaitu khidmat kecerdasan buatan pada X.
Dengan harga RM99 sebulan, dan penawaran yang disediakan, adakah anda akan melanggan X Premium+ ini?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.