Carian
ASUS V16 Dilancarkan Dengan Cip Intel Core-i7 Dan GPU RTX 4050
December 23, 2024 Amy Maizuraa

ASUS V16 telah dilancarkan sebagai komputer riba permainan untuk tugasan asas yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Ia dilengkapi dengan skrin 16-inci IPS FHD bernisbah aspek 16:10 dan kadar segar semula 144Hz. Skrin juga mempunyai lapisan anti- silau dengan nisbah skrin-ke-badan 89% dan kecerahan puncak 300 nits.

Ini digabungkan pula dengan pilihan CPU Intel Core i5-13420H atau Intel Core™ i7-13620H, di samping GPU NVIDIA GeForce RTX 4050 dan RTX 3050 (6GB GDDR6). Selain itu mempunyai memori 16GB DDR5 SO-DIMM, storan sehingga 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD dan bateri sebesar 63WHrs. Terdapat juga sistem audio dengan teknologi Dirac dan ASUS Audio Booster yang menawarkan bunyi cukup jelas dan terperinci.

Papan kekunci berlampu juga dipadankan dengan pad sesentuh yang lebih besar, papan kekunci ASUS ErgoSense dan teknologi 3D Noise Reduction (3DNR) untuk sistem kamera web. Pilihan I/O terdiri dengan 1x USB 3.2 Gen 1 Type-C (display / power delivery), 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x HDMI 2.1 FRL, 1x bicu audio 3.5mm dan 1x DC-in. Harga jualan rasmi masih tidak diketahui setakat artikel ini diterbitkan.

Komen