Carian
HONOR X9c Smart 5G – Telefon Tahan Lasak Dengan Harga Mampu Milik!
December 23, 2024 Amy Maizuraa

Pengenalan HONOR X9c Smart 5G sekali lagi membuktikan komitmen jenama itu yang bukan sahaja untuk peranti tahan lasak tetapi juga berkualiti tinggi. Julat harga mampu milik turut menjadi tumpuan bagi tujuan menyediakan pilihan produk terbaru untuk pasaran lokal pada harga lebih berbaloi. Untuk menyeronokkan lagi keadaan, HONOR menjual peranti berkenaan dengan harga RM1,099 yang menjadikan ia sesuai bagi mereka khususnya kalangan remaja yang mempunyai bajet yang terhad. Apa lagi agaknya yang membuatkan peranti ini menarik? Teruskan membaca artikel di bawah.


Tahan Lasak Dan Calar

HONOR X9c Smart 5G

Anda masih ingat lagi dengan peranti HONOR X9C 5G yang diumumkan tempoh hari? Ia ternyata telah membuka mata ramai pihak tentang kemampuan peranti bertahan dengan baik dalam pelbagai keadaan lalu mencipta solusi inovatif untuk permasalahan ketahanan. Ini samalah seperti HONOR X9c Smart 5G yang bukan sahaja mampu menahan hentakan malahan berdaya tahan terhadap air dan calar. Seterusnya memastikan ia dapat berfungsi dengan baik walaupun dalam persekitaran yang mencabar. Dengan rekaan skrin yang tahan calar peranti boleh kekal dalam keadaan fizikal yang baik walaupun digunakan berulang kali. Ini bermakna, anda tidak perlu risau tentang calar atau kerosakan kecil yang mungkin menganggu fungsi.

Ultra-Bounce Anti-Drop 2.0

Tetapi anda mesti tertanya-tanya bagaimana HONOR mampu menghasilkan skrin yang begitu tahan lasak ini bukan? Jawapannya terletak pada gabungan teknologi canggih dan proses pembuatan yang teliti. Di sini HONOR menggunakan bahan berkualiti melalui gabungan beberapa teknologi canggih. Antara yang utama ialah teknologi Ultra-Bounce Anti-Drop 2.0 untuk bantu mengurangkan risiko kerosakan pada skrin. Selain itu dilapisi dengan pelindung tambahan khusus Super Double-Tempered Glass yang bukan sahaja memberikan perlindungan maksimum terhadap calar dan hentakan, tetapi juga mengekalkan kepekaan terhadap sentuhan untuk pengalaman tatalan yang lancar setiap kali menggunakan peranti ini.

Super Double-Tempered Glass

HONOR mendakwa bahawa peranti ini boleh menahan jatuhan daripada ketinggian sehingga 2 meter. Sekiranya ada kerosakan sekalipun ia hanya setakat calar kecil sahaja. Ini jelas membuktikan betapa tahan lasaknya skrin HONOR X9C Smart 5G menjadikan ia sangat sesuai untuk penggunaan harian yang aktif. Anda juga perlu tahu bahawa HONOR X9C Smart 5G menggunakan skrin sejenis LCD dengan kualiti visual yang baik. Ini turut dibantu oleh resolusi FHD+ dan kecerahan puncak 850nits untuk paparan yang jelas, terang dan nyata.

Dengan resolusi yang tinggi skrin mampu memberikan visual yang tajam bersama butiran cukup baik. Manakala kecerahan yang memadai pula mampu memastikan skrin boleh dilihat dengan jelas walaupun di bawah cahaya matahari terang. Selain itu dilengkapi juga dengan Dynamic Dimming dan Circadian Night Mode bagi tujuan mengawal kecerahan skrin secara dinamik berdasarkan kandungan dipaparkan. Seterusnya meningkatkan keselesaan mata ketika menggunakan peranti pada waktu malam.

Circadian Night Mode

Melalui gabungan kesemua teknologi tadi menjadikan HONOR X9c Smart sememangnya direka untuk pengguna yang mengimpikan pengalaman visual yang memuaskan, sama ada menonton video, bermain permua atau melayari web. 


Perlindungan Menyeluruh Terhadap Air

Selain tahan lasak, HONOR X9c Smart 5G juga menawarkan ciri kalis air yang hebat. Walaupun HONOR X9C Smart 5G tidak mempunyai penarafan IP65M seperti HONOR X9C, ia masih menawarkan kalis air yang mantap. Ini bermakna peranti ini dilengkapi dengan perlindungan yang cukup untuk melindungi komponen dalamannya daripada kerosakan akibat air dalam situasi harian yang biasa.

Kalis Air Mantap

Dengan struktur kalis air tiga lapisan peranti ini memberikan perlindungan menyeluruh terhadap air. Ia melindungi semua komponen termasuk dalaman yang sensitif daripada risiko kerosakan akibat air. Dengan ketahanan perlindungan yang tinggi tadi, HONOR X9C Smart 5G mampu memberikan anda ketenangan fikiran tanpa risau tentang kerosakan atau masalah teknikal. Sama ada digunakan dalam keadaan lembab, hujan atau pelbagai aktiviti harian yang lasak, peranti ini sememangnya direka untuk bertahan dan berfungsi dengan baik.


Penggunaan Sepanjang Hari Tanpa Risau

Bateri Besar

Tahan lasak dan kalis air adalah ciri-ciri yang sangat penting untuk memastikan peranti boleh berfungsi dengan baik dalam pelbagai keadaan. Tetapi ketahanan bateri juga adalah sama pentingnya dalam memastikan pengalaman penggunaan yang memuaskan secara berterusan.

Melalui HONOR X9C Smart 5G, anda tidak perlu risau tentang kehabisan bateri yang cepat. Ia mempunyai kapasiti bateri besar 5,800mAh untuk memastikan anda mendapatkan pengalaman penggunaan yang berpanjangan sepanjang hari tanpa perlu mengecas berulang kali. Seterusnya memberikan ketenangan fikiran tanpa perlu risau kehabisan bateri yang cepat. Contoh mudah penggunaan adalah anda boleh mendengar lagu sehingga 31.6 jam tanpa henti, atau tonton video sehingga 18.5 jam tanpa perlu mengecas semula peranti.

HONOR SuperCharge 35W

Menariknya lagi apabila disertakan dengan pengecasan HONOR SuperCharge 35W, yang membolehkan anda mengecas peranti dengan cepat dan kembali menggunakannya dengan segera. Ini bagi memastikan peranti HONOR X9C Smart 5G sentiasa dalam keadaan sedia untuk digunakan khususnya sebelum keluar dari rumah.  Tetapi kalau anda mencari telefon dengan ketahanan bateri yang lebih lama, HONOR X9C 5G adalah pilihan yang tepat. Dengan kapasiti bateri sebesar 6600mAh, peranti ini menawarkan jangka hayat bateri yang lebih panjang, di man memastikan anda boleh menggunakannya sepanjang hari tanpa perlu risau tentang kehabisan bateri. 


Ciri-Ciri AI Yang Inovatif 

HONOR X9C Smart 5G tidak hanya menawarkan aspek yang hebat dari segi ketahanan dan prestasi bateri, tetapi juga dilengkapi dengan ciri-ciri berasakan AI yang canggih untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Ciri-ciri AI ini termasuk AI Eraser yang membolehkan anda membuang objek yang tidak diingini daripada gambar yang telah diambil dengan mudah. Ia menggunakan teknologi AI untuk mengenal pasti dan menghapuskan objek tersebut lalu menghasilkan gambar yang kelihatan semula jadi. Ia juga memastikan gambar anda kelihatan baik dan besar daripada sebarang gangguan.

AI Eraser

HONOR X9C Smart 5G juga dilengkapi dengan ciri Magic Capsule, yang mirip dengan Dynamic Island pada peranti iPhone. Ia membolehkan anda mengakses pelbagai notifikasi dengan mudah di bahagian atas skrin tanpa mengganggu aktiviti lain yang sedang dilakukan. Ia secara tidak langsung memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan efisien.

Magic Capsule

HONOR X9C Smart 5G juga dilengkapi dengan ciri Magic Portal yang membolehkan anda sentiasa mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan mudah. Hal ini disebabkan ciri ini boleh mengubah cara kita berinteraksi dengan peranti dan berkongsi maklumat. Di mana sistem AI pada HONOR X9C Smart 5G boleh mengenal pasti teks serta imej dengan cekap untuk digunakan dalam pelbagai perkara. Contohnya, anda boleh mencari maklumat, berkongsi kandungan, atau membeli barangan dengan mudah tanpa perlu bertukar antara aplikasi.

Magic Portal
Parallel Space

Fungsi Parallel Space pada HONOR X9C Smart 5G pula membolehkan anda mengendali dua akaun berbeza sama ada media sosial atau aplikasi pada skrin yang sama. Ini bermaksud anda boleh mengakses dua aplikasi yang sama pada skrin yang berbeza tanpa perlu beralih di antara akaun. Sebagai contoh, anda boleh mempunyai dua akaun Facebook atau Instagram pada skrin yang berbeza.

Turut melengkapi HONOR X9C Smart 5G adalah ciri Blur Privacy. Ciri ini menggunakan teknologi AI untuk mengenal pasti dan mengaburkan maklumat sensitif pada skrin bagi memastikan privasi anda terjaga setiap masa. Dengan semua ciri AI yang canggih ini, HONOR X9C Smart 5G mampu memastikan anda mendapat pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan efisien, sambil mengubah cara berinteraksi dengan teknologi.


Kualiti Gambar Beresolusi Tinggi

Kamera Utama Beresolusi 108MP

Meskipun kamera bukan keutamaan bagi HONOR X9C Smart 5G tetapi ia tetap menawarkan kehebatan dalam sistem kamera. Dengan kamera utama beresolusi 108MP, peranti ini mampu menghasilkan gambar yang terperinci dan tajam. Selain itu mempunyai kamera ultra lebar dan makro memberikan fleksibiliti tambahan untuk menangkap pelbagai jenis gambar, bermula dari pemandangan yang luas hingga objek kecil. Di samping tiga jenis mod potret iaitu Environmental Portrait, Atmospheric Portrait dan Close-Up Portrait bagi tujuan tangkapan gambar berkualiti dalam pelbagai keadaan. Seterusnya memastikan setiap kenangan dapat diabadikan dengan cara yang terbaik dan berkualiti tinggi.

Tiga Jenis Mod Potret

Ini jelas menunjukkan bahawa HONOR X9C Smart 5G juga pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin menikmati sistem kamera yang memadai dalam satu peranti serba boleh. Cuma perbezaan utama antara HONOR X9c dengan HONOR X9c Smart terletak pada sistem penstabilan yang ditawarkan di mana HONOR X9c dilengkapi dengan Optical Image Stabilization (OIS) dan Electronic Image Stabilization (EIS) untuk kestabilan gambar yang lebih baik. Manakala HONOR X9c Smart hanya dilengkapi dengan Electronic Image Stabilization (EIS) namun tetap menawarkan prestasi yang baik dan harga lebih mampu milik. 


Kesimpulan

HONOR X9c 5G dan HONOR X9c Smart 5G adalah duo terbaik yang menawarkan pelbagai ciri canggih untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza. Kedua-dua model ini menyediakan kombinasi teknologi yang hebat dalam aspek ketahanan, menjadikannya ia pilihan yang mantap untuk pengguna yang menghargai prestasi yang konsisten dan tahan lama. Kedua-dua model turut memastikan anda mendapat peranti yang serba boleh dan tahan lama sesuai untuk keperluan harian yang aktif.

HONOR X9c 5G

Jika anda mempunyai bajet lebih, HONOR X9c 5G memang pilihan yang tepat. Peranti ini memberikan kelebihan yang signifikan dalam pelbagai aspek, termasuk ketahanan, sistem kamera yang hebat, dan banyak lagi. Menariknya! Dengan setiap pembelian HONOR X9c 5G, anda juga akan mendapat manfaat Triple Assurance Warranty yang berguna iaitu Crack Replacement untuk hadapan dan belakang telefon selama 365 hari, One to One Replacement selama 180 hari, dan waranti bateri selama 36 bulan.

HONOR X9c Smart 5G

Manakala HONOR X9c Smart adalah pilihan yang sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet sekitar RM1000. Di mana peranti juga menawarkan pelbagai ciri canggih yang lain bagi memastikan anda mendapat pengalaman yang memuaskan. Dari segi waranti, dengan setiap pembelian HONOR X9c Smart, anda akan mendapat warranty selama satu tahun yang merangkumi perlindungan untuk masalah-masalah teknikal. HONOR X9C Smart sudah boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM 1,099!

Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia

Komen