LG Radio+ Dilancarkan – Platform Penstriman Radio Dengan Iklan Untuk TV Dan Speaker XBOOM
Fahim Zahar
Beberapa hari lepas, LG telah melancarkan platform penstriman mereka yang tersendiri. Ia bukan seperti yang anda jangkakan, kerana ia bukan untuk video sebaliknya untuk radio. Ia dinamakan sebagai LG Radio+.
LG Radio+ ditawarkan melalui gedung aplikasi TV mereka iaitu Content Store, di mana kandungan radio adalah bertaraf global dan juga dibekalkan oleh Radioline. melalui LG Radio+, pelbagai kandungan audio turut boleh dinimkati seperti podsiar dan stesen siaran langsung. NPR, CNN Radio, Fox Radio atau The Joe Rogan Experience antara yang akan diberikan kepada pengguna.

Platform penstriman ini turut boleh diakses dengan memberi arahan suara. Untuk memudahkan lagi pengguna, LG Radio+ turut akan ditawarkan melalui aplikasi LG ThinQ. Akan datang, ia turut akan diintegrasikan terus ke dalam speaker XBOOM mereka. Buat masa ini, LG Radio+ hanya akan ditawarkan di Amerika Syarikat dengan lebih 14,500 saluran dan di Korea Selatan dengan lebih 440 saluran.
LG Radio+ adalah platform penstriman radio percuma dengan iklan dan tiada sebarang petanda jika LG ingin mengenakan bayaran setakat ini.
[sumber] LG [/sumber]