Laporan memetik beberapa sumber berkata syarikat kereta gergasi Jepun, Honda Motor Co dan Nissan Motor Co menyasarkan untuk memuktamadkan rundingan penggabungan syarikat pada Jun 2025. Dengan kedua-dua pembuat kereta berkenaan turut dijangka mengumumkan permulaan perbincangan sekurang-kurangnya hari ini sebelum mengadakan sidang media yang turut dihadiri oleh rakan kongsi Nissan iaitu Mitsubishi Motors Corp.
Penggabungan ini akan menjadikan mereka kumpulan pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran. Selain turut membolehkan Honda dan Nissan meneroka pendekatan terancang serta berstruktur sesuai dengan perubahan keperluan pengguna hari ini. Selain itu boleh memainkan peranan penting untuk menangani pelbagai cabaran yang mendesak serta mengukuhkan komitmen untuk membantu pembangunan industri EV.
Seperti yang diketahui ramai Honda dan Nissan sebelum ini dalam rundingan awal penggabungan bagi meningkatkan kekuatan mereka dalam kenderaan elektrik. Ini membolehkan kedua-dua nama besar ini bukan sahaja berkongsi tenaga dan sumber malahan bersaing dengan lebih baik bagi mencipta lebih banyak nilai untuk pelanggan sambil mengatasi tekanan daripada pesaing.