xAI Menguji Aplikasi iPhone Khusus Untuk Mengakses Grok Dengan Mudah
Aman
xAI merupakan salah satu syarikat dibawah Elon Musk, yang memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan. Penawaran pertama dibawah mereka, iaitu Grok sedia ditawarkan kepada umum melalui aplikasi X.
Tidak setakat melalui media sosial tersebut, kini aplikasi khusus untuk Grok turut diterbitkan oleh xAI pada App Store, untuk pengguna iPhone. Ia dilihat diterbitkan terhad kepada beberapa pasaran sahaja, dan masih belum boleh digunakan pengguna Malaysia ketika artikel ini ditulis.

Melalui aplikasi Grok, pengguna boleh bertanyakan sejumlah perkara kepadanya, menjana imej dikuasakan AI, mengetahui pelbagai perkembangan semasa melalui integrasi data X, dan membantu dalam beberapa analisa.
Buat masa ini, akses kepada Grok ditawarkan secara percuma. Ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi ini akan ditawarkan ke pelbagai pasaran, disamping ditawarkan dalam versi Android.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.