Carian
Mitsubishi Motors Akan Beri Kata Putus Untuk Menyertai Integrasi Nissan Dan Honda Atau Sebaliknya Menjelang Penghujung Januari 2025
December 23, 2024 Aman

Lanjutan daripada pengumuman pihak Nissan dan Honda, kini Mitsubishi Motors mengatakan mereka akan mencapai keputusan untuk sama ada menyertai integrasi perniagaan Nissan dan Honda ini atau sebaliknya, menjelang penghujung Januari 2025.

Perkongsian ini hadir lanjutan daripada NIssan dan Honda mengumumkan sedang pertimbang untuk gabungkan syarikat, dan akan memulakan proses untuknya, dengan sasaran membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026 kelak.

Untuk makluman, ketiga-tiga syarikat automotif ini sebelum ini telah menandatangani persetujuan berkaitan pembangunan kenderaan elektrik pada Ogos 2024 lepas – dengan hasrat untuk melihat kepada kelebihan strategik ketiga-tiga syarikat, dan mengintegrasikannya bersama.

Komen