Carian
Xerox Mengambil-Alih Lexmark – Mengukuhkan Portfolio Dalam Arena Pencetakan
December 24, 2024 Aman

Xerok hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih jenama pencetak popular, Lexmark pada nilai mencapai $1.5 bilion. Pengambil-alihan ini turut melibatkan hutang dan liabiliti yang ditanggung oleh Lexmark.

Lexmark merupakan salah satu jenama pencetak, yang telah dimulakan pada 1991 selepas diasingkan daripada IBM. Ia sedia membekal kepada Xerok, dan pengambil-alihan ini memudahkan lagi integrasi perniagaan kedua-dua pihak.

Xerox mengatakan pengambil-alihan ini akan mengukuhkan portfolio pencetakan mereka, selain membolehkan mereka membangunkan perkhidmatan dan pengurusan perkhidmatan cetak pada peringkat global, selari dengan perubahan budaya kerja masa kini.

Komen