Carian
Honor Magic7 RSR Porsche Design Dilancarkan Dengan Rekaan Premium
December 24, 2024 Amy Maizuraa

Honor Magic7 RSR Porsche Design diumumkan secara rasminya di China semalam. Model baharu ini tampil premium dalam rangkaian peranti Magic dengan kerjasama Jenama kereta terkemuka, Porsche. Sekali gus meneruskan legasi seni yang dimulakan Honor sejak generasi sebelum iaitu Magic6.

Perubahan fizikal yang agak ketara menjadi tumpuan utama menerusi beberapa aspek menarik yang boleh disaksikan dengan jelas, termasuk bonggol kamera besar dengan susunan sensor dalam grid 2 x 2 dan flash yang diubah kedudukannya. Sekali lagi kamera telefoto periskop 200MP diberikan seperti Magic7 Pro dengan OIS, zum optik 3X dan zum digital sehingga 100X. Selain itu mempunyai skrin yang 10 kali ganda lebih tahan lasak melalui teknologi baharu.

Secara asasnya tiada perubahan perkakasan dalaman yang dibuat secara langsung bermakna peranti masih menawarkan prestasi yang sama seperti versi pro sedia. Menguasai peranti adalah cip Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 24GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB UFS 4.0. Selain itu mempunyai skrin melengkung OLED LTPO FHD+ 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1600nits. Sistem kamera utama terdiri dengan 50MP lebar, 50MP ultra-lebar + makro, 200MP telefoto periskop bersama kamera hadapan 50MP + 3D Depth.

Bateri pula sebesar 5850mAh yang boleh dicas melalui pengecasan berwayar 100W dan nirwayar 80W. Di samping menyokong pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo (DTS:X Ultra), inframerah, kalis air IP68/IP69 dan MagicUI 9.0 berasaskan Android 15. Harga jualan rasmi bermula CNY7,999 (~RM24,941) untuk 16/512GB dan CNY8,999 (~RM28,065) pula 24GB/1TB.

Komen