Carian
Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition Tersedia Di Malaysia Bermula RM7,499
December 24, 2024 Amy Maizuraa

Komputer riba baharu Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition kini di Malaysia. Ia boleh didapati bermula RM7,499 dengan pilihan warna Luna Grey. Selain turut disertakan beberapa aksesori tambahan seperti Lenovo Slim Mouse dan Lenovo Yoga Sleeve. Anda boleh membeli komputer riba ini melalui pengedar sah Lenovo Malaysia termasuk Lenovo Exclusive Stores yang berdekatan.

Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition menawarkan pilihan paparan LCD atau OLED sebesar 15.3-inci yang beresolusi 2.8K (2880 x 1800) dan kadar segar semula 120Hz. Skrin juga menyokong teknologi Pure Sight Pro, kecerahan puncak 500nits dan TÜV Low Blue Light Certification untuk pengalaman tontonan lebih baik. Selain itu dikuasai oleh CPU sehingga Intel Core Ultra 7 Processor 256V, memori LPDDR5X 16GB / 32 GB Dual Channel, storan berasaskan PCIe Gen 4 M.2 sehingga 1TB dan perisian Windows 11.

Kamera web FHD, empat mikrofon (Voice ID) dan empat pembesar suara Dolby Atmos Audio disertakan bersama. Selain turut menyokong sambungan Wi Fi 7dan Bluetooth 5.4. Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 x Thunderbolt 4, 1 x HDMI 2.1, 1 x bicu audio 3.5mm dan 1 x USB 3.2 Gen 1 Type – A.

Komen