Carian
Reaktor Iron Man Akan Dibina Di Amerika Syarikat Menggunakan Pelakuran Nuklear
December 24, 2024 Effi Saharudin

Dalam Dunia Sinematik Marvel (MCU), reaktor Arc membekalkan kuasa hampir tiada had kepada baju zirah Iron Man. Teknologi kiub Tesseract dihasilkan semula bagi membekalkan kuasa walaupun reaktor hanya sebesar telapak tangan Tony Stark. Di dunia sebenar, reaktor ARC (Affordable, Robust, Compact) akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.

Bahan api deuterium dan tritium akan dilakurkan bagi menghasilkan tenaga yang bersih dengan hanya helium dan neutron sebagai bahan sampingan tanpa sisa radioaktif yang berbahasa. CFS kini sedang membina tokamak SPARC yang akan menjadi kebuk pelakuran nuklear pada suhu lebih panas daripada matahari dilakukan.

Reaktor akan dibina oleh firma Commonwealth Fusion Systems (CFS) berasaskan teknologi perlakuran nuklear yang dibangunkan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT). Apabila beroperasi menjelang awal 2030an, ia akan menjana tenaga sebanyak 400 megawatt.

Kuasa elektrik dijana menggunakan pelakuran nuklear telahpun berjaya dilakukan oleh saintis Jabatan Tenaga Amerika Syarikat  pada tahun 2022. Selain Amerika Syarikat, China, Korea Selatan dan EU juga sedang giat membangunkan teknologi tokamak masing-masing. Bahan api sebesar 1 gram mampu menghasilkan tenaga yang sama dengan 10 ton arang batu tetapi tanpa pelepasan karbon.

Komen