ASUS mempunyai perancangan untuk pengenalan komputer riba ROG Strix baharu di CES pada 6 Januari 2025. Menerusi video promosi pendek terkini menunjukkan komputer riba berkenaan boleh didatangkan dengan sistem RGB serba baharu. Di mana lampu LED RGB dilihat menghiasi sekeliling bahagian sisi komputer riba yang menjadi peningkatan menarik berbanding beberapa generasi sebelum.
Meskipun video promosi acah tidak mendedahkan sebarang butiran penting. Namun ramai berspekulasi ASUS boleh melancarkan model ROG Strix Scar 18 baharu, serta ROG Strix G16. Malahan ia telah ditemui tersenarai dengan sehingga CPU Intel Core Ultra 9 285 HX, di samping pilihan grafik Nvidia GeForce RTX 5090, atau RTX 5080. Selain komputer riba, ASUS sudah semestinya mempunyai lebih banyak produk lain untuk dikongsi pada CES 2025 kelak.