Mark Zuckerberg kini berkongsi pendapat melalui balasan di Threads, mengatakan kaca mata akan menjadi platform perkomputeran terkemuka yang seterusnya.
Seperti ramai sedia maklum, Meta sedia melakukan pelaburan yang tinggi dalam arena kaca mata pintar, dan telah pun menawarkan model asas bersama Ray-Ban sebelum ini, disamping mempertontonkan kaca mata dengan panel pintar khusus yang akan datang. Malah, beberapa laporan hadir baru-baru ini mengatakan Meta akan menawarkan panel kaca khusus untuk Ray-Ban.
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh dibelakang. Untuk makluman, suatu ketika dahulu, Google pernah bereksperimen dengan Google Glass, namun tidak meneruskan pembangunannya. Dengan pertumbuhan internet dan teknologi, ia dilihat lebih relevan masa kini, sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan maklumat terus dihadapan anak mata tanpa perlu merujuk ke skrin telefon.
Bagi anda sendiri, adakah kaca mata akan menjadi platform perkomputeran terkemuka seterusnya?