Sehingga hari ini, penggunaan piawaian pengecasan nirwayar pantas dan magnetk Qi2 masih belum meluas. Setakat ini, hanya iPhone dan HMD sahaja yang menggunakannya – sementara pengeluar lain dijangka ajan menawarkannya menjelang tahun 2025.
Terbaru, Wireless Power Consortium telah mengesahkan yang mana-mana aksesori pengecasan nirwayar magnetik WAJIB menyertakan Magnetic Power Profile jika ingin menggunakan logo Qi2 pada bungkusan produk. Pengeluar peranti turut diwajibkan menyertakan magnet yang disusun dalam bentuk bulat di belakang peranti untuk memastikan ia selari dengan pad pengecas seakan Apple MagSafe.
Tanpa magnet, mana-mana produk tidak dibenarkan menggunakan logo Qi2. Qi2 adalah pengecasan nirwayar magnetik yang boleh mengecas peranti dengan kuasa 15W, sementara MagSafe boleh mencapai 25W dan Qi kini sekitar 7.5W. Di Malaysia, beberapa produk dengan Qi2 telah pun mula dijual seperti dari UGREEN.