Christopher Nolan adalah seorang pencipta filem yang sangat berbakat. Dari segi penulisan skrip, sinematografi dan penggunaan teknologi terkini semuanya beliau boleh lakukan. Nolan turut terkenal sebagai pencipta filem yang gemar menggunakan kamera filem.
Terbaru, Universal Pictures telah mengumumkan judul filem baharu beliau iaitu The Odyssey. Filem ini diadaptasi dari Odyssey iaitu sajak popular karya Homer. Dengan filem ini, ia adalah kali pertama Nolan akan menggunakan teknologi baharu kamera IMAX. Butiran teknologi ini masih belum didedahkan, tetapi ia pasti berkait dengan kamera filem seluloid baharu.
Filem ini akan dibintangi oleh Matt Damon, Tom Holland, Zendaya, Robert Pattinson, dan Charlize Theron. Ia merupakan satu penceritaan yang memfokuskan kepada pahlawan Yunani, Odysseus yang juga raja Ithaca dalam perjalanannya untuk pulang ke rumah selepas peperangan Trojan. Perjalanan tersebut mengambil masa 10 tahun dan pelbagai cabaran perlu dihadapi.
Sayang sekali, pada 17 Julai tahun 2026 nanti – peminat filem Nolan di Malaysia tidak akan dapat menikmati tayangan filem dengan pengalaman sebenar. Ini kerana pawagam IMAX dengan projektor filem terdekat di Malaysia adalah di Australia.