Apple sedia menjadi syarikat yang disenaraikan awam dengan nilai tertinggi di dunia, dan kini ia menghampiri nilai berjumlah $4 trilion – selari peningkatan harga saham syarikat tersebut. Mengikut harga saham semasa, syarikat Apple bernilai #3.85 trilion, mendahului syarikat lain termasuk NVIDIA dan Microsoft.
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan, melalui Apple Intelligence. Apple sebelum ini mencatatkan nilai $1 trilion pada Ogos 2018, $2 trilion pada Ogos 2020 dan $3 trilion pada Jun 2023 lepas.
Buat masa ini, Apple sedia mengintegrasikan sokongan ChatGPT pada produk mereka, melalui Apple Intelligence. Disamping itu, Apple dijangka akan memperkenalkan kemaskini untuk Siri pada tahun 2025 kelak, dan mungkin turut mengintegrasikan beberapa model kecerdasan buatan lain bergerak ke hadapan. Peralihan ini dijangka membawa kepada perubahan dan naik-taraf peranti oleh para pengguna, sekaligus turut membawa kepada para pelabur yakin dengan saham syarikat tersebut.