CATL atau nama panjangnya Contemporary Amperex Technology merupakan pengeluar bateri terbesar untuk kenderaan elektrik, dan pengeluaran mereka digunakan pada pelbagai kenderaan hari ini, termasuk pada kereta elektrik Perodua akan datang. Tidak setakat penawaran bateri kereta elektrik, kini CATL turut memperkenalkan casis khusus untuk kereta elektrik.
Casis atau rangka yg menyokong badan kenderaan ini direkabentuk dengan keupayaan untuk bergerak sejauh 1000 kilometer, dan pada masa yang sama boleh bertahan impak pada kelajuan 120 km/j.
CATL mengatakan dengan penawaran casis ini kepada pengeluar kenderaan, ia mengurangkan had masa pengeluaran kereta elektrik yang biasanya mengambil masa lebih 36 bulan, kepada hanya sekitar 12 ke 18 bulan.
CATL akan menjual casis ini kepada pengeluar kenderaan yang berminat. Jenama pertama yang akan menggunakannya adalah Avatr di China.