Carian
Iran Menarik Halangan Menggunakan WhatsApp dan Google Play
December 25, 2024 Effi Saharudin

Pihak berkuasa Iran membenarkan aplikasi WhatsApp dan Google Play digunakan di negara mereka. Kedua-dua aplikasi diharamkan dua tahun lalu selepas ia digunakan untuk menganjurkan demonstrasi anti kerajaan. Majlis Tertinggi Alam Siber mengundi untuk membenarkan aplikasi digunakan dengan ia dilihat sebagai usaha melonggarkan sedikit kawalan internet yang dikenakan ke atas warga Iran.

Aplikasi Facebook, X, YouTube dan Telegram masih lagi dihalang. Sungguhpun begitu Pemimpin Agung Iran, Ali Hosseini Khamenei masih mempunyai akses kepada akaun X beliau yang agak aktif. Warga Iran yang ingin menggunakan kesemua aplikasi yang dihalang perlu menggunakan perkhidmatan VPN. Menerusi halang internet, kawalan maklumat dan penyebaran berita dari luar dapat dilakukan.

Komen