Carian
Siri OPPO Reno13: Kehebatan Teknologi Bersama MediaTek
December 26, 2024 Amy Maizuraa

Komitmen OPPO untuk menjadikan telefon pintar AI lebih mudah diakses oleh ramai pengguna adalah langkah yang mengagumkan. Ini bermakna ramai pengguna boleh menikmati manfaat teknologi AI tanpa perlu berbelanja besar. Hasilnya, mereka mampu mengakses peranti pintar yang canggih sambil meningkatkan kehidupan seharian dengan cara yang lebih efisien.


Gabungan Kepakaran Ke Tahap Lebih Tinggi

Untuk meneruskan perkembangan ini, OPPO, bersama salah satu rakan industrinya, MediaTek sedang berusaha untuk membawa teknologi telefon pintar sebegini ke tahap yang lebih tinggi. Mengulas kerjasama itu, OPPO dan MediaTek memperkenalkan cip MediaTek Dimensity 8350 ke dalam siri Reno13 yang akan datang ke Malaysia. Ini menandakan satu lagi lembaran baharu dalam kerjasama strategik antara OPPO dan MediaTek untuk terus memacu inovasi AI dan melonjakkan penerima gunaan industri.

Melalui siri Reno yang diperkenalkan, OPPO berusaha untuk membawa teknologi telefon pintar ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan MediaTek. Sekali gus menyediakan pengguna peningkatan yang signifikan dalam kecekapan kuasa, prestasi permainan, dan keupayaan AI lebih canggih. Ini sememangnya akan memberi manfaat yang besar kepada pengguna untuk menikmati pengalaman telefon pintar yang lebih efisien dan menyeronokkan. Penting juga diketahui bahawa kerjasama antara OPPO dan MediaTek ini bukan sahaja membawa inovasi kepada teknologi telefon pintar, tetapi juga memastikan bahawa teknologi ini dapat diakses oleh pelbagai lapisan pengguna.


Peningkatan Dalam Keupayaan AI

Secara teknikalnya, cip MediaTek Dimensity 8350 dibina berasaskan teknologi 4nm generasi kedua TSMC yang canggih lalu membolehkan ia memberi prestasi lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya Dengan proses 4nm, cip ini mengandungi lebih banyak transistor dalam ruang lebih kecil. Seterusnya membawa kepada pengurangan tenaga dan peningkatan kecekapan kuasa pemprosesan. Di mana ia mampu menghasilkan peningkatan prestasi sebanyak 20% dengan penggunaan kuasa 30% lebih rendah berbanding generasi sebelum.

Cip MediaTek Dimensity 8350 turut dilengkapi dengan NPU (Neural Processing Unit) yang pantas, di mana ia mampu mempercepatkan pemprosesan AI generatif sehingga 8 kali ganda lalu menjadikan kerja pemprosesan dua kali lebih pantas. Selain turut menyokong pemprosesan model bahasa besar (LLM) hingga 10 billion parameter. Keupayaan NPU yang canggih ini telah membawa banyak keupayaan baharu kepada telefon pintar ini dan meningkatkan kecekapan dengan ketara.

Teknologi AI yang ditawarkan oleh cip juga memastikan bahawa setiap aspek penggunaan peranti, sama ada mengambil gambar, bermain permua, atau menjalankan aplikasi dapat dilakukan dengan kecekapan dan prestasi yang tinggi. Semua ini menjadikan siri Reno 13 baharu sememangnya pilihan ideal bagi mereka yang mencari peranti kelas pertengahan yang berprestasi tinggi dan berkuasa. 

Turut menjadi tumpuan adalah keupayaan cip MediaTek Dimensity 8350 dalam menyokong ColorOS 15 secara menyeluruh. Cip ini memastikan bahawa sistem operasi berfungsi dengan lancar, serta memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri AI yang ditawarkan oleh ColorOS 15. Sekali lagi, melalui NPU yang canggih, cip MediaTek Dimensity 8350 memberikan peningkatan prestasi AI sebanyak 3.3 kali ganda berbanding generasi sebelumnya. Lalu memberikan pengalaman penggunaan Siri Reno13 yang luar biasa dalam pengimejan dan permainan berkuasa AI.


Kualiti Pengimejan Dipertingkatkan

Dalam pengimejan AI, cip MediaTek Dimensity 8350 berfungsi dengan lancar bersama Enjin HyperTone OPPO. Kombinasi ini mampu menghasilkan kualiti imej yang lebih jelas, tajam, dan menarik secara visual. Kemudian membolehkan pengguna menikmati kejelasan imej yang dipertingkatkan, pengurangan hingar yang lebih baik, serta warna lebih menonjol. Hasilnya, setiap gambar yang diambil tampak lebih memukau bersama perincian yang baik. Dengan teknologi pemprosesan AI yang canggih, setiap foto yang diambil menggunakan Siri Reno13 akan kelihatan lebih cantik.

Naib Presiden OPPO, Presiden Produk Reno, Garven Yin turut menekankan kepentingan kerjasama antara OPPO dan MediaTek dalam menghasilkan peranti yang sangat berkuasa dan efisien. Gabungan teknologi daripada kedua-dua syarikat bukan sahaja menawarkan prestasi yang luar biasa tetapi juga memberikan pengalaman pengguna yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Selain itu Dr. Yenchi Lee, Timbalan Pengurus Besar Unit Perniagaan Komunikasi Wireless MediaTek di MediaTek pula berkata MediaTek Dimensity 8350 membolehkan OPPO menggunakan teknologi AI yang berkuasa, menjadikan peranti lebih responsif dan menawarkan pengalaman AI yang menarik dalam Siri OPPO Reno13 baharu.

Jangan lupa nantikan pelancaran rasmi Siri OPPO Reno13 di Malaysia tidak lama lagi. Anda boleh membeli salah satu model dalam siri Reno 13, Reno13 Pro atau Reno 13 F melalui pratempahan yang telah dibuka sehingga 10 Januari 2025. Sebagai bonus, OPPO turut menawarkan hadiah lumayan sehingga RM2,266 bagi mereka yang membuat pra tempahan awal ini. Pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini dengan melayari laman web rasmi OPPO untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelancaran siri Reno13.

Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia

Komen