Carian
Syarikat Rusia Mula Menggunakan Bitcoin Sebagai Kaedah Alternatif Pembayaran Disebabkan Sekatan Dagangan Barat
December 26, 2024 Aman

Menteri Kewangan Rusia kini berkongsi mengatakan sejumlah syarikat di negara tersebut telah mula menggunakan Bitcoin dan pelbagai kriptowang lain untuk pembayaran antarabangsa, disebabkan oleh sekatan dagangan oleh barat, terutamanya Amerika Syarikat.

Langkah ini dilihat selari dengan Rusia yang membenarkan penggunaan kriptowang untuk dagangan antarabangsa pada tahun ini.

Sebelum ini, Presiden Rusia telah mengatakan Bitcoin sebagai salah satu aset yang bebas daripada kawal-selia, berbeza dengan matawang Amerika Syarikat yang dikatakan digunakan untuk tujuan politik.

Bergerak kehadapan, penggunaan kriptowang atau Bitcoin dijangka akan lebih meningkat pada tahun-tahun akan datang di negara tersebut.

Komen