Carian
Google Dilaporkan Menggunakan Claude Untuk Menjadikan Gemini Lebih Bijak
December 26, 2024 Fahim Zahar

Banyak perkhidmatan chatbot AI berada di pasaran sekarang yang masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Terbaru, Google dilaporkan menggunakan Claude oleh Anthropic sebagai penanda aras untuk ketepatan maklum balas Gemini.

Kontraktor yang bekerja di bawah Google dilaporkan diarahkan untuk mengambil masa 30 minit untuk satu prom dan membandingkan bagaimana Gemini memberi maklum balas berbanding Claude. Mereka perlu memberi skor chatbot AI mana yang memberi maklum balas paling tepat, paling jujur dan paling kurang berhalusinasi.

Dalam ujian oleh kontraktor ini, mereka menyatakan Claude adalah lebih selamat dengan peraturan penggunaan platform yang lebih ketat. Sementara Google Gemini kerap mengeluarkan masalah amaran masalah keselamatan yang serius dan juga amaran mengenai maklum balas yang ada kandungan tidak senonoh.

Peraturan Claude jelas menyatakan platform mereka tidak membenarkan pengguna menggunakannya untuk membina produk pesaing. Turut tidak pasti jika Google melakukan aktiviti ini secara haram atau menerima kebenaran dari Anthropic. Dalam ujian saya sendiri, Gemini lebih pantas dan menarik digunakan untuk penggunaan pelbagai perkara sementara Claude terhad kepada analisa dokumen. Anda bagaimana?

Komen