Carian
Tesla Menjual Model Cybertruck Mini Terapung
December 26, 2024 Effi Saharudin

Kebarangkalian Tesla Cybertruck dijual secara rasmi di Malaysia adalah rendah kerana ia adalah kenderaan yang dilihat berbahaya untuk digunakan di atas jalan raya tempatan. Walaupun ia sudahpun dipamerkan di beberapa lokasi Malaysia tahun ini, peminat Cybertruck tempatan sekadar boleh bermimpi sahaja. Berita baik hari ini ialah Tesla kini menawarkan mode Cybertruck mini terapung yang boleh dibeli ramai peminat.

Model Cybertruck terapung ini tidak mempunyai sebarang tayar memberikan ia ilusi seperti ia sebuah trak yang sedang terbang. Ia terapung di atas tapak yang dicas menggunakan kabel USB-C. Apabila terapung lampu hadapan dan belakang model berskala 1:24 ini akan menyala. Setiap model adalah sebesar 22.8 x 8.3 x 6.0 cm dengan kemasan berwarna perak dan hitam.

Model Cybertruck terapung ini dijual pada harga $250 (~RM1118) sebuah menerusi laman rasmi Tesla.

Komen