Carian
Proba NASA Menjadi Objek Paling Hampir Ke Matahari dan Terpantas Buatan Manusia
December 26, 2024 Effi Saharudin

Pada hari Selasa lalu, Proba Suria Parker milik NASA mencatatkan rekod sebagai objek buatan manusia yang paling pantas dan juga paling hampir ke matahari pernah dihasilkan. Ia berjaya menghampiri sehingga 6.1 juta kilometer daripada permukaan matahari dengan suhu mencapai 980 darjah Celsius. Pada jarak ini ia hampir menyentuh bahagian korona Matahari.

Untuk menghampiri matahari, proba ini bergerak pada kelajuan mencecah 692,000 km/j. Pada kelajuan ini, perjalanan dari Johor Bahru ke Alor Setar boleh dilakukan dalam masa 3.89 saat sahaja. Ia sebesar sebuah kereta dengan terdapat perisai haba yang melindungi kelengkapan saintifik daripada cair disebabkan suhu yang tinggi. Kelengkapan ini diperlukan untuk mengukur medan magnet serta melihat bagaimana korona Matahari mendatangkan kesan kepada angin suria sebelum ia tiba ke bumi.

Proba dilancarkan pada tahun 2018 dengan ia akan melakukan dua lagi perjalanan untuk menghampiri Matahari pada 22 Mac dan 19 Jun 2025. Semua ini bergantung kepada sama ada proba tidak mengalami kerosakan pada Selasa lalu. Ini akan hanya diketahui esok apabila hubungan komunikasi antara proba dan bumi dapat disambung semula.

Komen