Carian
SKMM : Telegram Dan WeChat Memulakan Proses Pelesenan Media Sosial
December 26, 2024 Aman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkongsi mengatakan Telegram dan juga Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk kekal beroperasi di Malaysia.

Sebelum ini, kerajaan telah menetapkan tarikh kuat-kuasa pelesenan bagi media sosial dan aplikasi permesejan dengan lebih 8 juta pengguna, berkuat-kuasa 1 Januari 2025. Langkah pelesenan ini dalam usaha untuk meningkatkan tanggungjawab syarikat media sosial dan permesejan dalam melindungi pengguna, meningkatkan keselamatan atas-talian, selain mewujudkan persekitaran yang harmoni dan dipercayai.

Selari pengumuman berkenaan dua syarikat ini, SKMM turut mengingatkan semua penyedia perkhidmatan lain untuk memenuhi syarat pelesenan dengan kemukakan permohonan sebelum 31 Disember 2024. SKMM mengatakan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil walaupun ianya perkara yang mahu dielakkan oleh semua pihak.

Komen