Carian
Rusia Mengharamkan Aktiviti Melombong Kriptowang Selama Enam Tahun
December 26, 2024 Nazrin

Pelombongan kriptowang merupakan satu aktiviti yang menelan banyak tenaga elektrik, dan di Malaysia sendiri, terdapat banyak sindiket mencuri tenaga elektrik yang digunakan untuk membolehkan mereka mengurangkan kos melombong.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa kerajaan Rusia akan mula mengharamkan aktiviti pelombongan kriptowang selama enam tahun bermula 1 Januari 2025 sehingga 15 Mac 2031. Sebab yang diberikan ialah kerana penggunaan tenaga elektrik yang sangat tinggi, dan oleh kerana itu, pelombongan kriptowang ini diharamkan di 10 kawasan di negara tersebut.

Kawasan-kawasan ini termasuklah Dagestan, Ingushetia, Kabardino-Balkaria, Karachay-Cherkessia, North Ossetia, Chechnya, Donetsk, Lugansk, Zaporozhye dan Kherson. Irkutsk, Buryatia dan kawasan Transbaikal juga akan dikenakan sekatan yang sama, tetapi hanya pada tempoh dimana penggunaan tenaga elektrik adalah tinggi.

Perkara ini juga dilihat cukup menarik kerana pelombongan kriptowang baru sahaja dibenarkan secara rasmi baru-baru ini, dan syarikat-syarikat di negara tersebut juga akan menggunakan Bitcoin sebagai cara pembayaran alternatif kerana sekatan ekonomi dan perdagangan yang dikenakan keatas negara tersebut.

Komen