Carian
Bahan Kimia Abadi Ditemukan Pada Kebanyakan Tali Jam Tangan Pintar Premium
December 27, 2024 Fahim Zahar

Bahan Kimia Abadi atau per- and polyfluoroalkyl (PFAS) adalah sejenis bahan kimia yang sukar untuk terurai dan apabila terkumpul di dalam tubuh badan manusia, pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku. PFAS baru-baru ini ditemukan turut terdapat di dalam kebanyakan tali jam tangan pintar.

Baru-baru ini, saintis mula melakukan kajian kepada 22 tali jam dari jenama seperti Apple, Google, Samsung, beberapa pengeluar jam lain yang terkenal dan juga yang tidak dikenali ramai. Kajian ini mendapati, tali jam yang melabelkan ia diperbuat daripada bahan seperti fluoroelastomer megandungi PFAS. Lebih spesifik ia adalah campuran PFAS dengan fluoropolymer (PFHxA).

Walau bagaimanapun, kajian terhadap PFAS dan PFHxA masih di peringkat awal dan tidak mempunyai banyak data untuk menentukan ia benar-benar membawa padah kepada pengguna. Menurut kajian awal ini, tali jam dengan bahan seperti ini mungkin langsung tidak berbahaya atau mungkin turut boleh menyumbang kepada kanser, kegagalan ginjal dan pelbagai masalah kesihatan lain.

Disebabkan masih tidak mempunyai bukti kukuh kerana tidak banyak kajian, pengguna dinasihatkan untuk mengelak menggunakan tali-tali jam dengan bahan fluoroelastomer. Kebanyakan tali jam di Malaysia yang mengandungi bahan kimia abadi ini adalah dari Samsung dan Apple. Selain tali jam, straw kertas turut dikatakan mempunyai bahan berbahaya yang sama.

Komen